Thursday 6 February 2014

Kerosakan Yang Sering Berlaku (Engine Mounting & Suspension)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


      Berikut merupakan kerosakan yang sering berlaku pada civic fd


1) Engine Mounting


   a. Engine Side (hydraulic)

          - simptom dia bila jatuh lubang @ lalu garisan kuning @ jalan x rata @ jalan batu2, bergegar kuat dashboard dan terasa macam nak jatuh enjin, sangat-sangat sakit hati bagi pemandu yang alaminya
          - cara nak cek tengok mounting dah pecah @ bocor @ rapat
          - sebab rosak dah sampai masa atau kerap lalu jalan x rata
          - tukar baru cost dalam RM500++

   b. Gearbox side

          - simptom dia bergegar enjin walaupun dalam keadaan idling @ bunyi kelakak masa buat penukaran gear @ nampak pecah
         - sebab rosak sama kes engine side
         - tukar baru dalam RM350-RM450

2) Suspension


   a. Absorber

          - simptom dia bila naik bonggol absorber x main, lalu garisan kuning bergegar, masuk lubang bergegar dll sebab keras @ terlalu lembut sehingga bergesel daun pisang bila naik ramai @ bergoyang bila bawa laju
          - kalau lembut selalunya ada leaking, boleh inject minyak dan tukar seal cost dalam RM200-RM400 untuk 4batang
          - kalau keras biasanya shaft dia dah mati, repair cost dalam RM250-RM300 depan dan belakang RM200-RM250, tukar shaft baru, seal baru, minyak baru, housing still pakai housing lama, lebih jimat daripada tukar baru yang memakan cost RM450 sebatang


   b. Absorber Mounting

           - simptom dia ada bunyi kelekuk2 bila lalu garisan kuning, jalan x rata, lubang dll, bunyi besi belaga besi, lepas tu pusing stereng rasa ringan dari keadaan biasa, alignment x sekata walaupun berulang kali buat
           - boleh periksa tengok absorber mounting pecah ke x, getah koyak atau pecah nampak serpihan getah
           - tukar baru 1set kiri kanan dalam RM300-RM400, wajib tukar kiri kanan walaupun sebelah saja rosak






Kerosakan Yang Sering Berlaku (Aircond)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

      Berikut merupakan kerosakan yang sering berlaku pada civic fd

1) Sistem Aircond

    a. Magnetic Clutch coil

         - simptom dia adalah x sejuk
         - sebab rosak adalah disebabkan on/off aircond ketika kelajuan tinggi @ dah sampai masa
         - kalau rosak tukar baru, cost dalam RM300-RM450

     b. Compressor

 - simptom dia xsejuk @ kdg2 sejuk @ bila x tekan pedal minyak dia xsejuk, tekan pedal minyak baru sejuk @ bunyi bising mcm lori

     - sebab rosak adalah x servis compressor @ dah sampai masa
     - repair RM400-RM600 @ tukar recon RM800-RM1200 @ tukar baru RM1300-RM2000

    c. Aircond Clutch Magnet Relay @ Condenser Fan

     - simptom untuk clucth magnet dia xsejuk @ kdg2 sejuk
     - simptom untuk fan condenser xsejuk bila tengah jem atas jalan @  kipas x pusing
     - tukar baru dalam RM20

    d. Cabin Filter

       - simptom dia blower di dalam kenderaan x kuat @ tersekat2, contoh sebelum ni buka level 3 angin kuat tapi kali ni buka 5 baru kuat berbanding 3 sebelum ni
       - tukar baru RM50-RM70 @ sembur angin

Sunday 26 January 2014

Sistem Ekzos Kereta Aku Sendiri (RM2500-RM3000)






Sistem Ekzos

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

       Hari ni tiba2 nak pos mengenai sistem ekzos....untuk pengetahuan kawan2 sistem ekzos amat penting dalam sesebuah kenderaan apatah lagi civic fd yang kita pandu ni. Untuk menukar sistem ekzos asal, pastikan anda berfikir dahulu, kerana mengubah sistem ekzos dapat merosakkan enjin dan pencemaran terhadap alam sekitar.

       Sistem ekzos yang bising @ tidak sesuai akan menyebabkan enjin rosak kerana berlakunya back pressure semasa anda dalam kelajuan tinggi atau torque. Sistem ekzos yang dibuang catalytic converter juga dapat mencemarkan alam sekitar, sebab itu la di jepun kenderaan yang tiada catalytic converter akan di saman. Lain kita di Malaysia bahawa catalytic converter tidak diwajibkan disini.

      Sebelum anda menukar sistem ekzos, pastikan terlebih dahulu apa kemampuan enjin anda, sama ada gearbox auto @ manual. Ini kerana, setiap enjin berbeza2 kemampuan, sistem ekzos bagi gearbox auto dan manual berbeza sama sekali.

      Bagi gearbox manual seperti fd2r tidak mengalami banyak masalah jika menukar ekzos yang bising seperti js racing, skunk2 dll kerana gearbox manual tidak berlaku pressure pada sistem gearbox kerana di dalam gearbox hanya terdapat gigi gear sahaja tetapi persoalan disini adakah enjin fd2r dapat bertahan lama apabila menukar ke sistem ekzos yang bising?. Jawapannya YA jika dibuat tuning semula seperti hondata dan jawapannya TIDAK jika tidak membuat tuning semula pada sistem ecu enjin

      Untuk gearbox auto fd2 fd1 adalah amat berbeza sekali jika hendak dibandingkan dengan fd2r kerana sistem ekzos S FLOW sahaja yang sesuai kerana tidak berlakunya back pressure pada enjin. Untuk gearbox auto, terdapat banyak lagi komponen selain gigi gear di dalam gearbox, jadi gearbox auto tak dapat support sepenuhnya pada enjin jika kita menggunakan ekzos yang bising atau racing kerana back pressure akan berlaku. Untuk pick up @ torque memang lebih lancar tetapi apabila high speed, akan berlaku back pressure dan akan menyebabkan fd anda tak dapat push up hingga ke top speed. Sebagai contoh sebelum ini kelajuan top speed 215kmj tetapi menurun @ lambat untuk capai ke tahap top speed.

       Kesimpulannya, carilah ekzos yang sesuai dengan fd atau bertanya kepada yang lebih pakar atau pengguna yang pernah mempunyai pengalaman sedemikian. tq


Minor dan Major Service

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Nak share sikit apa yang perlu anda buat apabila lalui mileage berikut

1) Minor

5000-80000 km mileage

a) 5000 km

- tukar minyak enjin
- cek air bateri (bateri basah)

b) 10000 km

- tukar minyak enjin
- cek air bateri (bateri basah)
- alignment balancing

c) 15000 km

- tukar minyak enjin
- cek air bateri (bateri basah)

d) 20000 km

- tukar minyak enjin
- tukar atf oil (gearbox)
- cek air bateri (bateri basah)
- alignment balancing

e) 25000 km

- tukar minyak enjin
- cek air bateri (bateri basah)
- cek radiator coolant

f) 30000 km

- tukar minyak enjin
- cek air bateri (bateri basah)
- alignment balancing

g) 35000 km

- tukar minyak enjin
- cek air bateri (bateri basah)

h) 40000 km

- tukar minyak enjin
- tukar atf oil (gearbox)
- cek air bateri (bateri basah)
- tukar air filter
- cek tayar dan angin tayar
- alignment balancing
- tukar minyak power stereng
- service aircond compressor (masuk minyak baru)
- tukar minyak brek

i) 45000 km

- tukar minyak enjin
- cek air bateri (bateri basah)

j) 50000 km

- tukar minyak enjin
- cek air bateri (bateri basah)
- alignment balancing

k) 55000 km

- tukar minyak enjin
- cek air bateri (bateri basah)

l) 60000 km

- tukar minyak enjin
- flush engine
- tukar atf oil (gearbox)
- cek air bateri (bateri basah)
- cek tayar dan angin tayar
- alignment balancing

m) 65000 km

- tukar minyak enjin
- cek air bateri (bateri basah)
- cek tayar
- cek brakepad

n) 70000 km

- tukar minyak enjin
- cek air bateri (bateri basah)
- cek mounting
- cek tayar
- cek brakepad
- alignment balancing
- cek chamber belakang ( kalau tayar makan dalam kena tukar chamber kit )

o) 75000 km

- tukar minyak enjin
- cek air bateri (bateri basah)
- cek mounting enjin side
- cek tayar
- cek brakepad
- alignment balancing
- cek chamber belakang ( kalau tayar makan dalam kena tukar chamber kit )

p) 80000 km

- tukar minyak enjin
- tukar atf oil (gearbox)
- cek air bateri (bateri basah)
- cek mounting enjin side
- cek tayar
- cek brakepad
- alignment balancing
- cek chamber belakang ( kalau tayar makan dalam kena tukar chamber kit )
- cek spark plug (RM280-RM320)

2) Major

80000 km - 100000 km

- tukar minyak enjin
- tukar atf oil (gearbox) 4liter (RM120-RM150)
- belting ( RM150-RM250 )
- cek air bateri (bateri basah)
- cek mounting enjin ( 1 set RM1500-RM1800)
- cek tayar
- cek brakepad ( depan RM220-RM250, belakang RM180-RM220)
- alignment balancing ( RM30-RM50 )
- cek chamber belakang ( kalau tayar makan dalam kena tukar chamber kit )
- cek spark plug NGK LASER IRIDIUM IZFR6K-11, elak pakai brand murah (RM280-RM320)
- cek auto tensioner ( RM400-RM450)
- tukar air filter ( RM60-RM90)
- tukar minyak brek ( RM30-RM60 )
- tukar coolant 5liter ( RM100-RM130 )
- tukar minyak power stereng 1.8 saja 4-5liter ( RM100-RM130 )
- cek aircond
- cek rack end ( RM400-RM450 )
- cek tie rod end ( RM400-RM450 )
- cek absorber ( RM1200-RM1800 )
- cek absorber mounting ( RM300-RM400 )
- injector cleaner RM40-RM60
- service throttle body (RM30-RM80)
- all bushing
- fuel filter ( service RM50-RM100, tukar RM200-RM350 )
- cek bearing depan (RM190-RM250)
- cek bearing belakang (RM280-RM320)

- HARGA BERGANTUNG DARI SEMASA KE SEMASA
- MINYAK ENJIN JIKA SEMI SETIAP 5000KM, JIKA FULLY SETIAP 10000KM




Tips Penjagaan Sistem Stereng dan Kerosakan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

1) Tips Penjagaan

- Tukar minyak power stereng (pakai brand honda saja) setiap 40k mileage
- Tambah penyejuk pada sistem stereng (oil cooler)
- Jangan kerap pusing stereng sehingga sampai top level jika tak perlu kerana ini boleh merosakkan tie rod end
- Kerap elak lubang kerana ini boleh merosakkan tie rod end dan stereng rack
- Tukar hos getah dan o ring setiap 60k mileage umtuk elak daripada bocor
- Pastikan tiada benda asing dalam minyak seperti pasir, habuk dll
- Tukar boot getah rack end setiap 100k untuk elak daripada pecah kerana ini boleh merosakkan stereng rack bila dimasuki benda asing
- Buat alignment dan balancing setiap 10k mileage

2) Kerosakan

a) Pam Power Stereng

- Ada kebocoran, tukar seal kit set, cost dalam anggaran RM200-RM400
- Stereng jadi berat, tukar baru cost dalam anggaran RM1000-RM1200
- Bunyi bising, tukar bearing dan seal kit set, cost dalam anggaran RM200-RM400

b) Stereng Rack

- Bunyi 'kelekuk2', tukar baru cost dalam anggaran RM2500-RM3500
- Stereng jadi berat atau tersangkut-sangkut, tukar baru

c) Tie Rod End

- Bunyi 'kuk2', tukar baru cost dalam anggaran RM350-RM450 sepasang

d) Rack End

- Stereng jadi terlalu ringan, tukar cost dalam anggaran RM350-RM450
- Alignment tidak sekata walaupun sering buat alignment, tukar
- Buka dan mainkan rack end, jika lembut tukar baru

e) Hos

- Leaking, tukar o-ring seal @ hos baru, cost dalam anggaran RM250-RM400

f) Bunyi Dengung

- Buka tudung takung minyak, tambah minyak power stereng, pusing stereng kiri kanan sehingga top level sehingga hilang bunyi dan tutup tudung semula
- Proses ini dipanggil 'bleeding' bertujuan untuk membuang angin dalam sistem power setereng

Tips Penjagaan Aircond System dan Kerosakan Yang Sering Berlaku

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

1) Compressor


- parking keta tapi enjin dan ekon hidup lama...contohnya parking di rnr dan tidur dlm keta 2 3jam
- jarang servis minyak compressor
- on @ off aircond pada kelajuan tgi contohnya pd klajuan 160kmj

2) Blower

- tukar cabin filter setiap 60k mileage
- jgn selalu buka fan blower level tinggi kerana ini boleh merosakkan blower dan blower resistor sensor


komponen di atas sahaja yang perlu dijaga rapi supaya sistem aircond anda tidak terganggu.


Kerosakan yang sering dialami

1) Tidak Sejuk @ Kadang2 Sejuk

- clutch magnet pada compressor, tukar dan cost dalam anggaran RM300-RM450
- fan motor rosak, tukar dan cost dalam anggaran RM200-RM350
- compressor relay, tukar dan cost dalam RM20-RM40

2) Bunyi macam lori

- compressor rosak, tukar atau repair
- clutch magnetic bearing rosak, tukar baru


Tips Penjagaan Driveshaft

Assalamualaikum dan slmt sejahtera...nk share sikit punca2 kerosakan driveshaft sbb akhir2 ni rmai dok tnya ad bunyi (klekak2)....tips penjagaan untuk mmstikan driveshaft anda lebih tahan lama adalah :

-kurangkan torque smasa tarik gear 1 dan 2
-tekan brek semasa mnukar gear dr N ke D
-periksa supaya getah pada driveshaft x pecah, kalau dah mula retak sila tukar getah dia
-tukar gris driveshaft setiap 100k (kalau rajin sgt lah...hihi)
-jangan tekan pedal minyak terlalu kuat iaitu x lebih rpm 2000 semasa membuat u-turn dan mengambil selekoh 45 darjah ke atas (jangan pusing stereng habis)
-pastikan roda anda tegak kedua2nya apabila parking, maksudnya tidak ke kiri @ ke kanan
-kurangkan melanggar lubang (rajin2 la elak lubang)
-tidak memakai rim & tayar yg berat (kalau mcm fd elak la pkai rim 18 bagi cc 1.8)

setakat ni saja nubis boleh share...sapa nk tambah dan nk complain bleh tulis di ruangan komen...hihi tq CFDC