Sunday 26 January 2014

Tips Penjagaan Sistem Stereng dan Kerosakan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

1) Tips Penjagaan

- Tukar minyak power stereng (pakai brand honda saja) setiap 40k mileage
- Tambah penyejuk pada sistem stereng (oil cooler)
- Jangan kerap pusing stereng sehingga sampai top level jika tak perlu kerana ini boleh merosakkan tie rod end
- Kerap elak lubang kerana ini boleh merosakkan tie rod end dan stereng rack
- Tukar hos getah dan o ring setiap 60k mileage umtuk elak daripada bocor
- Pastikan tiada benda asing dalam minyak seperti pasir, habuk dll
- Tukar boot getah rack end setiap 100k untuk elak daripada pecah kerana ini boleh merosakkan stereng rack bila dimasuki benda asing
- Buat alignment dan balancing setiap 10k mileage

2) Kerosakan

a) Pam Power Stereng

- Ada kebocoran, tukar seal kit set, cost dalam anggaran RM200-RM400
- Stereng jadi berat, tukar baru cost dalam anggaran RM1000-RM1200
- Bunyi bising, tukar bearing dan seal kit set, cost dalam anggaran RM200-RM400

b) Stereng Rack

- Bunyi 'kelekuk2', tukar baru cost dalam anggaran RM2500-RM3500
- Stereng jadi berat atau tersangkut-sangkut, tukar baru

c) Tie Rod End

- Bunyi 'kuk2', tukar baru cost dalam anggaran RM350-RM450 sepasang

d) Rack End

- Stereng jadi terlalu ringan, tukar cost dalam anggaran RM350-RM450
- Alignment tidak sekata walaupun sering buat alignment, tukar
- Buka dan mainkan rack end, jika lembut tukar baru

e) Hos

- Leaking, tukar o-ring seal @ hos baru, cost dalam anggaran RM250-RM400

f) Bunyi Dengung

- Buka tudung takung minyak, tambah minyak power stereng, pusing stereng kiri kanan sehingga top level sehingga hilang bunyi dan tutup tudung semula
- Proses ini dipanggil 'bleeding' bertujuan untuk membuang angin dalam sistem power setereng

18 comments:

  1. Terima kasih sifu..info yg sgt berguna..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sifu..info yg sgt berguna..

    ReplyDelete
  3. sama2 bos...bkn sifu...just share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bunyi dengung tu bering ke stering bos?bkn stering x pkai myk coz die kn electrical stering

      Delete
  4. Mihon share no tel workshop dan foreman yg reliable area klang utk major service fd.tq

    ReplyDelete
  5. Salam..nk tnye kalau stereng sangkut2 tu problem stereng rack ke..brapa best price ntuk settle msalah ni..tq..

    ReplyDelete
  6. salam,nak tanye ape kelemahan sistem power stereng?

    ReplyDelete
  7. boss..nak tanya..bulan ni saja saya dah buat 2 kali alignment..tapi sekejap saja..lepas 2 hari jadi lagi..bila jalan..lepas stereng..stereng tarik ke kiri..pastu stereng tak sama straight dengan tayar..apa puncanya..minta tolong bagi advise boss..

    ReplyDelete
  8. Perkongsian hebat yg byk membantu.

    ReplyDelete
  9. Boot getah rack nk tukar kt bengkel ka kat kedai tayat

    ReplyDelete
  10. Honda fd 1.8 nak tukar ke electric power steering berapa kos

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Workshop mana nk hantar kat lembah Klang ni..takut kena cekik darah.

    ReplyDelete
  12. Nak tanye skit....da tukar steering pump tapi masih ada bunyi masa belok, apa masalah nya

    ReplyDelete