Thursday 6 February 2014

Kerosakan Yang Sering Berlaku (Engine Mounting & Suspension)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


      Berikut merupakan kerosakan yang sering berlaku pada civic fd


1) Engine Mounting


   a. Engine Side (hydraulic)

          - simptom dia bila jatuh lubang @ lalu garisan kuning @ jalan x rata @ jalan batu2, bergegar kuat dashboard dan terasa macam nak jatuh enjin, sangat-sangat sakit hati bagi pemandu yang alaminya
          - cara nak cek tengok mounting dah pecah @ bocor @ rapat
          - sebab rosak dah sampai masa atau kerap lalu jalan x rata
          - tukar baru cost dalam RM500++

   b. Gearbox side

          - simptom dia bergegar enjin walaupun dalam keadaan idling @ bunyi kelakak masa buat penukaran gear @ nampak pecah
         - sebab rosak sama kes engine side
         - tukar baru dalam RM350-RM450

2) Suspension


   a. Absorber

          - simptom dia bila naik bonggol absorber x main, lalu garisan kuning bergegar, masuk lubang bergegar dll sebab keras @ terlalu lembut sehingga bergesel daun pisang bila naik ramai @ bergoyang bila bawa laju
          - kalau lembut selalunya ada leaking, boleh inject minyak dan tukar seal cost dalam RM200-RM400 untuk 4batang
          - kalau keras biasanya shaft dia dah mati, repair cost dalam RM250-RM300 depan dan belakang RM200-RM250, tukar shaft baru, seal baru, minyak baru, housing still pakai housing lama, lebih jimat daripada tukar baru yang memakan cost RM450 sebatang


   b. Absorber Mounting

           - simptom dia ada bunyi kelekuk2 bila lalu garisan kuning, jalan x rata, lubang dll, bunyi besi belaga besi, lepas tu pusing stereng rasa ringan dari keadaan biasa, alignment x sekata walaupun berulang kali buat
           - boleh periksa tengok absorber mounting pecah ke x, getah koyak atau pecah nampak serpihan getah
           - tukar baru 1set kiri kanan dalam RM300-RM400, wajib tukar kiri kanan walaupun sebelah saja rosak






Kerosakan Yang Sering Berlaku (Aircond)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

      Berikut merupakan kerosakan yang sering berlaku pada civic fd

1) Sistem Aircond

    a. Magnetic Clutch coil

         - simptom dia adalah x sejuk
         - sebab rosak adalah disebabkan on/off aircond ketika kelajuan tinggi @ dah sampai masa
         - kalau rosak tukar baru, cost dalam RM300-RM450

     b. Compressor

 - simptom dia xsejuk @ kdg2 sejuk @ bila x tekan pedal minyak dia xsejuk, tekan pedal minyak baru sejuk @ bunyi bising mcm lori

     - sebab rosak adalah x servis compressor @ dah sampai masa
     - repair RM400-RM600 @ tukar recon RM800-RM1200 @ tukar baru RM1300-RM2000

    c. Aircond Clutch Magnet Relay @ Condenser Fan

     - simptom untuk clucth magnet dia xsejuk @ kdg2 sejuk
     - simptom untuk fan condenser xsejuk bila tengah jem atas jalan @  kipas x pusing
     - tukar baru dalam RM20

    d. Cabin Filter

       - simptom dia blower di dalam kenderaan x kuat @ tersekat2, contoh sebelum ni buka level 3 angin kuat tapi kali ni buka 5 baru kuat berbanding 3 sebelum ni
       - tukar baru RM50-RM70 @ sembur angin